Pasaran seberang laut menyediakan banyak peluang untuk mengembangkan perniagaan, namun menubuhkan sesuatu perniagaan tanpa mengenali onak ranjau perjalanannya boleh mengundang bahaya kepada sesebuah syarikat tidak kiralah apa jua saiznya. MLM Smart Resources menawarkan suatu idea yang unik dalam memberi fokus kepada mengurangkan risiko anda sementara meningkatkan potensi anda di dalam industri MLM ini.
Kami akan memberi panduan kepada syarikat anda sepanjang usaha menyempurnai laluan yang bakal ditempuhi. Kami menyediakan anda dengan jaringan-jaringan dan para perunding bebas yang paling berpengalaman dan berpengetahuan di rantau Asia Tenggara yang senantiasa bersedia membantu anda menempuhi liku-liku perjalanan tersebut.
MLM Smart Resources telah ditubuhkan khusus untuk para pengendali syarikat MLM. Penumpuan perniagaan syarikat-syarikat ini memerlukan suntikan yang bersifat profesional. Sejak perlaksanaan Akta Jualan Langsung 1993, industri ini telah berkembang dengan pesat sekali. Perkembangan ini telah menarik perhatian lebih ramai pelabur untuk turut membabitkan diri di dalam industri ini.
Industri MLM telah diiktiraf oleh kerajaan sebagai sejenis industri utama. Walau bagaimanapun, perniagaan MLM memerlukan penyusunan organisasi yang tepat supaya ia dapat beroperasi dalam jangka masa yang lebih panjang lagi. Di samping itu, ia perlu juga bergerak melalui strategi pemasaran yang berstruktur dan melibatkan kemahiran-kemahiran profesional. Kami juga berpengalaman luas dan berdedikasi untuk membantu anda dalam menghindari pelbagai masalah dan halangan yang tidak dijangka ketika menerokai pasaran tempatan di samping mengembangkan sayap perniagaan ke peringkat antarabangsa.