Profil Syarikat

Penubuhan MLM Smart Resources

MLM Smart Resources telah ditubuhkan oleh En. S.Y.Khor. Perkhidmatan dan para pelanggan firma tersebut telah meningkat dengan mendadak sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Dengan bermula dari bawah, firma ini telah berjaya mengembangkan perkhidmatannya setelah membuka bahagian perkhidmatan mereka demi memenuhi permintaan yang semakin meningkat daripada orang ramai. Tambahan pula, firma ini masih terus mempertingkatkan dan mengemaskinikan kepakarannya supaya ia dapat menyediakan perkhidmatan profesional dengan lebih mantap lagi. Langkah ini telah meletakkan firma ini sebagai sebuah Pusat Penumpuan Profesional, sekaligus berupaya memberikan khidmat yang lebih luas lagi kepada orang ramai.

MLM Smart Resources merupakan sebuah pasukan profesional yang progresif, sentiasa bersedia menyarankan pelbagai pandangan, cadangan dan penyelesaian bernilai kepada para pelanggan kami. Kesemua pasukan perundingan kami telah dilatih dengan baik dan mereka telah berikrar untuk menyediakan perkhidmatan profesional yang tersendiri serta berupaya menjadi rakan kongsi para pelanggan yang profesional.

Demi menyediakan perkhidmatan yang berstandard tinggi, kami telah menjalankan kajian dan pembangunan profesional yang berterusan menerusi penganjuran pelbagai seminar dan kursus, latihan dalaman di samping penyelenggaraan pusat sumber yang berkelengkapan tinggi demi memastikan kesemua ahli pasukan dapat menikmati sumber pengetahuan dan maklumat terkini daripada segenap bidang di dalam industri MLM ini.

Pengasas

En. SY Khor ialah pengasas MLM Smart Resources Sdn Bhd. Beliau telah menubuhkan MLM Smart Resources bagi memenuhi dan menyediakan tumpuan penuh kepada para pelabur yang ingin menceburkan diri di dalam industri ini. Melalui pengalaman dan latar belakang yang luas selama 25 tahun di dalam industri ini, En. Khor dan pasukannya mempunyai keyakinan yang tinggi untuk membantu anda memenuhi impian diri anda.

Penyataan Misi

Enlightening the Industry Together

Matlamat kami adalah untuk menyampaikan khidmat bantuan profesional yang terbaik, mengukuhkan gabungan kepakaran, jaringan, sumber dan pengalaman kami, demi mempertingkatkan kecekapan organisasi para pelanggan dan seterusnya mengembangkan industri ini.

  • Professional Assistance
  • Combined Expertise
  • Network
  • Resources & Experience

Falsafah Kami

Falsafah kami adalah untuk memberikan penyelesaian kepada ketidaktentuan perniagaan para pelanggan di samping mencapai matlamat dan objektif syarikat mereka. Dilengkapi dengan pilihan khidmat perniagaan profesional yang lengkap, kami memastikan para pelanggan dapat memperoleh kejayaan di dalam persekitaran yang berubah-ubah dan sentiasa pantas bergerak ini.

Pertanyaan